Matlamat : Mendaki Gunung Jerai
Program : Kem Pesona Hijau Kuning, PKMK, UKM
Cerita ini suatu perkongsian untuk memberitahu bahawa masih
ramai rakan-rakan yang setia memberi semangat
dan kekuatan kepada saya di kala saya
lemah dan tidak bersemangat..
Saya menghargai anda..
Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan anda itu.
Catatan bergambar bermula di sini......
Ini adalah merupakan gambar pertama yang saya ambil dalam perjalanan menuju ke Gunung Jerai. Seperti yang dapat kita lihat, kami berhenti untuk solah subuh dan persiapan diri di Masjid Sultan Mudzaffar Syah, Sg.Petani, Kedah.Semasa gambar ini diambil, cuaca masih sejuk diselubungi kabus kerana baru je lepas solah subuh..
Saya dan sahabat baik saya Nadzirah bt Zakaria di belakang bas. Alamak, pakai baju sama. Okay lah tu..
Selesai solah subuh dan persiapan diri, kami menunggu di tepi bas rakan-rakan yang belum siap. Untuk pengetahuan semua, program kali ini disertai oleh ramai antara ahli kelas kami atau sekursus dengan kami iaitu pelajar Pendidikan al-Quran tahun 4. Setelah selesai semua, kami bertolak
ke gunung jerai. Yeah, Gunung Jerai, here we come!
Ini adalah pemandangan Gunung Jerai dari atas bas. Kalau orang utara seperti Perlis, Kedah, Penang..kalau lalu di highway..dari jauh akan kelihatan puncak gunung jerai jika cuaca cerah. Dan bagi saya sendiri yang selalu melihat puncak gunung jerai dari jauh sahaja, hari ini saya akan menjejakkan kaki di Gunung Jerai dengan kudrat yang Allah s.w.t berikan..
Tibalah kami semua di kaki gunung jerai. Kedatangan kami disambut oleh papan tanda yang megah tertulis Gunung Jerai, Daerah Pelancongan Daerah Bersih.
Time for breakfast. Jana tenaga untuk mendaki gunung jerai. Memang sedaplah bihun ni. Tapi kami tak makan banyak takut sakit perut..Menu sarapan pagi ialah Bihun Goreng bersama Air Teh O suam.
Ada masa lagi nih. Jom bergambar sekejap dengan papan tanda nih..
Ini ialah pengarah program untuk kem ini. Namanya Amirul Fahmi ( AF ).
Anda akan lebih mengenali insan ini dalam coretan-coretan saya sepanjang program ini.
Sebelum mendaki, warming-up dulu..
Jam menunjukkan lebih kurang pukul 9.20 am. Pada waktu ini kami mula berjalan
mendaki Gunung Jerai melalui jalan tar.
Wajah-wajah ceria dan bersemangat rakan-rakan saya ketika di kaki gunung jerai.
Ada je pemandangan cantik. Wajib berhenti ambil gambar.
Ni baru kat kaki gunung nih..kira-kira 1km dari bawah.
Kelihatan Izzu dan Syahmi mendaki gunung dengan menggalas beg. Ingin menguji ketahanan
fizikal mereka agaknya.
Pokok besar..Memang besar dan tinggi betul pokok ni..
2km dari bawah ada cafe yang dinamakan SAS cafe. Sementara tunggu rakan-rakan yang
pergi ke tandas, kita ambil gambar dulu ya.
AF setia bersama saya semasa mendaki gunung jerai ini. Dia pemberi semangat dan
motivasi terhadap saya dan Ima serta rakan-rakan lain. Af dengan towel birunya tu
selalu ulang dialog ni.." Kak Nawal okay? ".. saya akan diam sambil tersenyum dan angkat tangan menunjukkan OK.. sebab tak daya nak bercakap..penat..= )
Ni konon2..pancitlaa ni.. hehe..
Af tak pancit pun sepanjang proses pendakian ni..
yang pancit..orang sedang bercerita ni laa...
Ikin, Kirah dan rakan-rakan yang kuat semua dah laju menuju
ke atas sedangkan saya, Ima dan rakan-rakan lain masih perlahan-lahan
mengumpul semangat mendaki GJ ini dan ditemani Af. Af membawa saya dan Ima
melalui jalan short cut iaitu dengan melalui jalan hutan. Redah daun2 kayu skit je..hehe..
Gambar ini menunjukkan suasana bila masing-masing kepenatan dan berhenti utk menghilangkan lelah. Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan yang memahami. Kiranya dalam perjalanan ni saya rasa tak terbilang berapa kali kami berhenti untuk berehat.
Minta maaf laa pada AJK keselamatan yang terpaksa menunggu kami namun kesabaran anda amat saya hargai. Ima setia memberi sokongan kepada saya tanpa mengeluh. Ima, saya amat menghargai apa yang Ima lakukan sepanjang kita mendaki GJ. Saya sedar yang saya sangat sayangkan sahabat saya yang bernama Ima ini.
Selain Ima, Af juga menjadi seorang yang sangat supportive. Bicaranya memberikan motivasi dan tindakanya menjadikan saya terus bersemangat. Af akan kerap menyatakan.." Kak Nawal nak rehat ka? Kalau nak rehat kita bleh berenti dulu..". Selain itu, Af juga telah mencarikan saya dan Ima sebatang kayu untuk memudahkan pendakian.
Memang pengalaman bersama Ima dan Af ketika mendaki GJ tidak akan dilupakan sepanjang hayat saya. Mereka tidak mengejek saya, tidak mentertawakan saya, tidak memperkecilkan saya, tidak membuat motivasi saya rendah, setia menyokong saya daripada belakang dan sentiasa positif dengan saya.
Terima Kasih anda berdua.
Selain erti persahabatan yang saya timba sepanjang pendakian ini, saya juga belajar sesuatu yang lain. Dalam perjalanan telah berlaku beberapa peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Antaranya Jaz yang mengalami kesakitan, Aswardi yang terseliuh dan lain-lain. Setelah saya berjaya mendaki sehingga 7km dari aras laut, Aswardi tidak mampu lagi untuk meneruskan perjalanan. Kemudian, AJK menahan van hotel yang lalu untuk menumpangkanya. Ketika itu pergerakan saya semakin perlahan kerana semakin penat dan keletihan. Ajk meminta Jaz untuk menaiki van tersebut, Kak Su juga menaiki van tersebut. Mereka kemudianya meminta saya untuk menaiki van itu.
Dalam hati saya..ada keinginan untuk meneruskan pendakian..
Jauh di sanubari..ada semangat yang menyatakan saya masih mampu untuk mendaki..
Dalam fikiran..saya terasa kasihan kepada rakan-rakan, dan Ajk yang terpaksa bergerak perlahan kerana saya. Saya terasa tidak adil untuk mereka jika saya berdegil untuk meneruskan pendakian. Saya merasionalkan rasa hati saya dan terus menaiki van tersebut.
' Tak pa lah nawal. At least u berjaya mendaki sampai 7km. Separuh daripada perjalanan u dah lepas. There's only 3km to go.. and mayb Allah tahu u tak mampu utk teruskan perjalanan' saya cuba mempositifkan fikiran saya.
Then, saya, Ima, Kak Su, Norli , Jaz dan Aswardi menaiki van dan van telah menghantar kami ke pintu atas tapak perkhemahan Rimba GJ. Lebih kurang 1km jg untuk turun ke bawah. Mereka yang membawa beg tadi telah menumpangkan beg mereka di atas van dan menjadi tanggungjawab kami membawa beg-beg tersebut ke tapak kem. Aswardi yang semakin teruk tidak mampu membawa beg lalu saya, kak su dan norli menanggung beg tersebut.
Ketika dalam perjalanan turun, sempat kami berhenti mengambil air sungai yang mengalir untuk minum. Sangat segar dan menghilangkan dahaga. Beberapa ketika kami tiba di tapak kem dengan disambut oleh Kudin dengan mulutnya yang riuh rendah.
Kami tiba di Kem tersebut pada jam 11.45am.
Setibanya di tapak kem, kami teruja dengan pemandangan dari atas GJ yang sangat menakjubkan. Terasa hilang kepenatan yang ditanggung semasa mendaki. Subhanallah. Maha Suci Allah yang mengizinkan saya dan rakan-rakan mengecap keindahan alam ciptaanNya.
Di tapak ketika itu ada Aniza, Nad, Kudin, Kri dan beberapa lagi yang tidak mendaki. Menu tengahari tersebut adalah sardin. Saya cuba membantu niza dan nad untuk memasak sardin. Kemudian, ramai yang membantu untuk menggoreng telur.
Kira-kira jam 12.30, rakan-rakan yang meneruskan pendakian tiba di tapak kem. Ketika itu makanan telah siap dan tengoklah gaya si Af menyerbu Nasi Panas kerana kelaparan..dah macam benggali dah..
Pada waktu yang sama, Kri sedang tekun membasuh bahagian dalaman ayam di sungai. Sebenarnya Salwa dah basuh ayam tu tapi dia tak puas hati lalu membasuh sekali lagi. Punya lama Kri basuh sampai dekat sejam laa juga dia bersila kat sungai tu. Maklumlah tak dak urgency kan..
Laa...tak habis-habis lagi? Emm..
Jauh sebenarnya Kri dari tempat saya ambil gambar.. Ish..cermat betoi si Kri nih..
Nak bancuh air kena ada air gula.. laa ni Nad tengah nak bancuh air gula.
Tengoklaa pasai pa air tu kaler macam tu..
Sebenarnya air sungai ni memang kaler dia keperang-perangan sket sebab
disekelilingnya ada pokok-pokok yang kayunya berwarna merah.
Sedar tak sedar, Izzu dan beberapa orang lagi telah siap mendirikan khemah
untuk exco dan peserta. Arigato.!!
Kembali ke hobi biasa...ambil gambar.. Setelah selesai makan dan solah, kami menikmati
pemandangan yang sangat indah dan menenangkan. Nilah Ima yang saya ceritakan di atas tadi..
Saksikan sendiri..keindahan yang dapat dilihat dari tempat kami berdiri. Subhanallah, dari atas ni nampak gigi pantai yang putih membiru selaut pandangan. Memang tergamam kali pertama melihatnya. Sawah-sawah padi yang tersusun dalam petaknya yang kemas, jaringan jalan raya yang kelihatan kecil, rumah-rumah dan awan yang sangat luar biasa cantik apabila dilihat dari atas GJ ini.
Kenapa dengan Farid tu? Farid telah menjadi pemandu pelancong kepada kami dengan menerangkan kedudukan Alor Setar laa..Langkawi laa.. dan yang paling best dia tunjuk jambatan menuju ke Pulau Dayang Bunting.. Farid juga ada menyatakan di atas puncak GJ ada ladang strawberri...betoi ka? Kami semua tak percaya. Kalau gtau kat Af ,.dia akan gelak terbahak-bahak macam si Farid duk buat lawak jenaka ja..
em...Betul ke tak ada strawberi kat GJ ni?
Farid kata kami semua tak ikuti perkembangan semasa.. tak pa, tak pa.. kita tunggu dan lihat..
Subhanallah...
Kenapa kalau kita lihat alam..lihat sungai,..lihat pokok..kita terasa tenang?
Jawapanya ialah kerana semua benda itu sedang berzikir kepada Allah. Oleh itu hati
kita akan menjadi tenang melihat makhluk ciptaan Allah yang tidak
putus-putus berzikir padaNya.
Pose ala-ala majalah laa tu..hehe..
Menikmati pemandangan, sambil tangkap gambar dan bercerita ..
memang sangat mengujakan kami..
kakak-kakak tahun 4 telah menjadi over excited hari ini..
tidak rugi saya datang ke kem ini..
Alhamdulillah..
Ima mendekati air terjun yang seciput je sebenarnya..
sejuk tau air ni.. bila kami sampai kat sini ja..
kami terus masuk dalam air dan makan bihun dalam air..
grrr....sejuk tapi nikmat..
Banner Kem Pesona Hijau Kuning terbentang menyambut
ketibaan sesiapa yang masuk ke tapak perkhemahan ini..
Di kem ini saya mengenali anak-anak muda yang rajin dan bersemangat. Mereka sangat bagus dan saya
menjadi hormat kepada mereka. Di kawasan tapak perkhemahan, terdapat sebuah kolam mandi yang besar dan kolam itu sangat kotor dengan lumut, berudu dan katak-katak yang sudah mati.
Entah apa yang mendorong mereka, ( tak sempat nak temu ramah ),.adakah kerana keinginan untuk berbakti kepada masyarakat atau kerana ingin mandi di dalam kolam tersebut atau lain-lain sebab, mereka telah berusaha mencari lubang untuk mengeluarkan air kotor dan cara untuk memasukkan air sungai ke dalam kolam tersebut.
Walaupun ada desas-desus suara yang menyatakan.." Kalau bawak keluaq ayaq tu,.ntah bila nak kosong..nak isi pulak..ntah esok baru penuh pa..."...namun.. mereka tetap berusaha dan berjaya menjumpai apa yang mereka cari. Maka bermulalah kerja mencuci kolam itu dan ia dijalankan secara bergilir.
Saya bercerita berdasarkan apa yang saya lihat dan cerna dalam fikiran saya. Andai apa yang saya olahkan ini salah, maka dipersilakan sesiapa yang ada bersama untuk betulkan fakta. Dengan sebatang mop mereka mencuci dinding dan lantai kolam yang kotor itu.
Air yang keluar semakin banyak dan mereka bersantai-santai di tebing kolam melihat rakan mencuci kolam tersebut. Memang indah pemandangan ini kerana ia melibatkan anak muda yang rajin melakukan sesuatu yang tidak memberi apa-apa pulangan kepada mereka selain pahala jika mereka ikhlas. Untuk mencari anak muda serajin mereka pada hari ini amatlah sukar. Jika tidak dikerah, anak-anak muda ini lebih suka untuk berseronok sahaja...Seronok berpeluang mengenali adik-adik yang rajin ini..
Akan bersambung dalam coretan saya yang ke-2..