Tuesday, November 24, 2009

Before Kem Pesona Hijau Kuning..

Buat pertama kalinya dalam tempoh pengajian saya di UKM, saya mengikuti program anjuran persatuan Anak Negeri yang berbentuk 'physical activity'. Kisahnya bermula apabila...

" Hampa tak mau join p Gunung Jerai ka? " Soalan yang dilontarkan tidakku pedulikan sama seperti sebelum-sebelum ini. Namun, soalan itu mendapat sambutan daripada rakan-rakanku yang ceria ingin mengikuti kem tersebut.

' Mampukah aku mendaki gunung jerai tu? Sedangkan di UKM sekarang aku jarang berjalan kaki atau beriadhah secara rutin. Aku mesti tak larat punya nak naik. Lagipun kalau aku nak p sapa laa nak teman aku yang semestinya tertinggal jauh di belakang...'

 Fikiran sebegini menerjah ruang mindaku.

Setelah seminggu berlalu, aku dapat mengetahui bahawa Ikin, Jaz dan beberapa rakan lain berhajat mengikuti kem tersebut. Tiba-tiba timbul rasa ingin pergi bersama mereka. Selama ini memang aku sangat berhajat mengikut program seumpama ini, namun rasa rendah diri, rasa tidak yakin dan kekangan-kekangan lain menyebabkan aku menjadi seorang yang pasif dan tidak suka menyertai program-program seumpama itu.

Namun, keinginanku masih dibatasi rasa kurang percaya pada diri sendiri dan rakan-rakan.

Suatu hari,

" Nawal, tak nak pergi ke Gunung Jerai. Kite rasa nak pergilaa..." Ima bersuara.


" Ima nak pergi ? Kite pun rasa nak pergi. Tapi nanti kite tak dek kawan. Yela, nanti mesti kite tertinggal kat belakang kan..."


" emm...kite pun lambat juga. Kita jalan sama-sama.. Jomlaa.."


" Yeke.. Janji ea.. kita jalan sama-sama tau. Jangan tinggalkan kite.."


" Janji.."


Jari kelingkingku ditautkan pada kelingking Ima tanda bersetuju untuk bersama-sama susah dan senang ketika mendaki Gunung Jerai nanti. Maka, di saat itulah aku membuat keputusan untuk turut serta mengikuti  program tersebut.

4 hari sebelum bertolak, aku sempat mengajak Nad dan Siti berjalan-jalan di Bukit Amin dan Bukit KIY kerana aku sebenarnya masih risaukan kemampuanku yang sedikit ini. Keraguan masih bermain-main dalam hati walaupun aku sebenarnya teruja untuk ke sana.

" betulka keputusan kak nawal nak p gunung jerai ni ea.." aku bersuara.

" hishh..awat kata macam tu ? " Niza menyahut.

" betulla  tu.. kan dah wat keputusan.. selalunya kalau sebelum p rasa tak sedap hati, rasa bimbang..mesti kat sana nanti rasa best.. ni ikut pengalaman Yus laa.." Suara Yus menyahut sekali gus menepis keraguan yang ada dalam hati.

' Thank U yus.'

0 comments: